Falsafah Alam Sekitar NDK Group
Kami, Kumpulan Syarikat NDK bahawasanya "akan memenuhi kewajipan terhadap masyarakat dengan menjaga dan memelihara ekologi alam sekitar" seperti yang tertera dalam Falsafah Korporat Kami. Dengan penyataan ini, kami akan sedang mengurangkan impak alam sekitar dan menyumbang kearah aktiviti berasaskan kitar-semula. Kita akan berusaha gigih untuk tujuan tersebut dan bertanggungjawab untuk menyumbang ke arah penjagaan alam sekitar melalui tindakan yang berterusan dan proaktif.
Kami, ANC/NQM sebagai organisasi berpengaruh di dunia dalam pengeluaran unit hablur kuartz kenal dan sedar akan kepentingan untuk melindungi dan memelihara alam sekitar melalui aktiviti-aktiviti syarikat kami.
Kami bertekad untuk :
- Membuat peningkatan berterusan dalam prestasi penjagaan alam sekitar dengan mengekalkan dan berusaha untuk memperbaiki taraf program dan sistem Pengurusan dan Pelaksanaan Alam Sekitar.
- Mencegah pencemaran dan meminimumkan penghasilan sisa Terjadual dan tidak Terjadual melalui aktiviti pengurangan, guna semula dan kitar semula.
- Menghapuskan/Mengurangkan bahan kimia merbahaya yang berkaitan dengan Alam Sekitar.
- Mematuhi kesemua perundangan Alam Sekitar Malaysia, panduan Alam Sekitar Korporat, keperluan ciri khusus pelanggan dan mengikuti keperluan antarabangsa yang perlu dan sedia ada.
- Mengurangkan penggunaan bahan dan sumber semulajadi.
- Mengurangkan dan menghindari pelepasan pencemaran ke alam sekitar.
- Meningkatkan suasana kerja yang selamat. Menimbulkan kesedaran tentang alam sekitar di kalangan pekerja serta membuat Polisi dan memudahkan maklumat untuk orang awam dan pihak-pihak yang berminat, seperti mempamirkan polisi EMS.
- Polisi alam sekitar ini adalah sebahagian daripada Polisi ANC/NQM dan akan disemak dari masa ke semasa Keatas keberkesanan perlaksanaannya.
Diperbaharui pada Jun.2 hb, 2004
Asian NDK Crystal Sdn. Bhd.
NDK Quartz Malaysia Sdn. Bhd.
Shinji Kase
Managing Director.